Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL 1977

Seksyen 4

Pembahagian antara Negeri sama banyak dan berdasarkan bilangan penduduk

Jumlah wang yang diperuntukkan di bawah perenggan 2(a) hendaklah dibahagi-bahagikan sebagai pemberian antara Negeri seperti yang berikut—

(a)

setengah daripada jumlah itu hendaklah dibahagi-bahagikan sama banyak antara tiga belas buah Negeri; dan

(b)

setengah yang selebihnya hendaklah dibahagi-bahagikan secara berkadar antara Negeri-Negeri, berdasarkan bilangan penduduk tiap-tiap buah Negeri sebagaimana yang ditentukan dalam banci akhir yang diambil sebelum tahun kewangan yang sebelumnya, mengikut dua bahagian bagi seorang bagi lima ratus ribu orang yang pertama, satu bahagian bagi seorang bagi lima ratus ribu orang yang berikutnya dan setengah bahagian bagi seorang bagi bilangan penduduk yang selebihnya bagi tiap-tiap buah Negeri.

Pemberian Pertambahan Hasil 7

Pembahagian antara Negeri yang keluaran kasar dalam Negeri per kapitanya kurang daripada purata negara