Malaysia legislation

Section 4A

of *AKTA PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL 1977

Seksyen 4A

Jumlah wang yang diperuntukkan di bawah perenggan 2(b) hendaklah dibahagi-bahagikan sebagai pemberian antara Negeri yang keluaran kasar dalam negeri per kapitanya kurang daripada purata negara bagi keluaran kasar dalam negeri per kapita. Keluaran kasar dalam negeri per kapita bagi

Persekutuan dan semua Negeri bagi Persekutuan hendaklah ditetapkan oleh

Persekutuan. Pemberian yang diberikan kepada tiap-tiap Negeri yang layak hendaklah seimbang dengan peratusan yang diperoleh daripada perbezaan antara purata negara dengan keluaran kasar dalam negeri per kapita Negeri yang layak itu berbanding dengan jumlah kesemua perbezaan antara purata negara dengan keluaran kasar dalam negeri per kapita tiap-tiap Negeri yang layak itu.

Section 4A — AKTA PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL 1977