Malaysia legislation
Section 28
of AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025
Seksyen 28
(2)
Suatu arus karbon dioksida hendaklah mematuhi amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat yang dinyatakan dalam seksyen 5, dan arus karbon dioksida itu hendaklah mengandungi karbon dioksida yang amat banyak, dan tiada sisa atau bahan lain yang boleh ditambah ke dalam arus karbon dioksida itu bagi maksud melupuskan sisa atau bahan lain itu.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), suatu arus karbon dioksida boleh mengandungi apa-apa bahan berkaitan yang bersampingan daripada sumber, proses pemerangkapan atau suntikan, dan bahan surih yang ditambah untuk membantu memantau dan menentusahkan pemindahan karbon dioksida itu.
(4)
Kepekatan semua bahan sampingan dan tambahan yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah berada di bawah paras yang—
(a)
boleh memberi kesan yang menjejaskan keutuhan tapak penyimpanan atau infrastruktur pengangkutan yang berkaitan;
(b)
boleh menimbulkan apa-apa risiko yang signifikan terhadap kesihatan manusia atau alam sekeliling mengikut amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat yang dinyatakan dalam seksyen 5; atau
(c)
melanggar mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai di Malaysia.
(5)
Pengendali luar pesisir hendaklah menyimpan suatu daftar kuantiti dan sifat arus karbon dioksida yang diterima dan disuntik, termasuk komposisi arus itu.
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 870
(6)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (5)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Obligasi pengendalian berhubung dengan penyimpanan luar pesisir