Malaysia legislation
Section 29
of AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025
Seksyen 29
Apabila menjalankan pengendalian suatu tapak penyimpanan, pengendali luar pesisir hendaklah, mengikut amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat yang dinyatakan dalam seksyen 5—
(a)
menyediakan maklumat yang berkaitan bagi maksud menilai pematuhan syarat lesen penyimpanan di luar pesisir;
(b)
memantau kompleks penyimpanan dan alam sekeliling di sekitarnya, dan menyediakan suatu rancangan pemantauan;
(c)
menjalankan apa-apa langkah pembetulan dan langkah pemulihan berhubung dengan apa-apa kebocoran atau ketidakteraturan yang signifikan; dan
(d)
mengemukakan laporan berhubung dengan hasil pemantauan yang dibuat di bawah perenggan (b) dan apa-apa langkah yang diambil di bawah perenggan (c), kepada Agensi.
Levi suntikan