Malaysia legislation
Section 40
of AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025
Seksyen 40
Pemindahan obligasi berhubung dengan penyimpanan daratan
Sebelum penutupan suatu tapak penyimpanan di kawasan daratan menurut seksyen 39, apa-apa pemindahan obligasi yang berhubungan dengan pemantauan, langkah pembetulan dan langkah pemulihan tapak penyimpanan di kawasan daratan hendaklah ditentukan oleh Menteri, selepas berunding dengan Kerajaan
Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.