Malaysia legislation
Section 41
of AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025
Seksyen 41
(2)
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh
Kerajaan bagi maksud Akta ini;
30
Undang-Undang Malaysia
Akta 870
(b)
apa-apa levi suntikan yang dibuat oleh pengendali luar pesisir kepada Agensi bagi maksud mengadakan sokongan kewangan kepada Kerajaan untuk menampung apa-apa kos yang terlibat dalam pemantauan jangka panjang, langkah pembetulan dan langkah pemulihan bagi tapak penyimpanan selepas pemindahan tanggungjawab menurut seksyen 32 atau 40, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah berlaku; dan
(c)
semua wang yang diperoleh daripada pelaburan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang termasuk pendapatan faedah.
Perbelanjaan yang boleh dikenakan kepada Kumpulan Wang