Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025

Seksyen 4

Tafsiran

(a)

daripada mana-mana kompleks penyimpanan, tapak penyimpanan, pepasangan pemerangkapan karbon; atau

(b)

semasa pengangkutan mana-mana karbon dioksida yang didapati melalui pemerangkapan karbon;

10

Undang-Undang Malaysia

Akta 870

“ketidakteraturan yang signifikan” ertinya apa-apa ketidakteraturan pengendalian suatu tapak penyimpanan atau keadaan kompleks penyimpanan itu, yang menunjukkan risiko kebocoran atau risiko terhadap alam sekeliling atau kesihatan manusia;

“kompleks penyimpanan” ertinya suatu kawasan isi padu yang telah ditentukan di dalam suatu bentukan geologi yang digunakan bagi penyimpanan kekal dan domain geologi keliling yang boleh memberikan kesan terhadap penyimpanan keseluruhan;

“kriteria penerimaan arus karbon dioksida” ertinya kriteria bagi penerimaan suatu arus karbon dioksida yang dinyatakan dalam seksyen 28;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pengawasan

Pasca-Penutupan yang ditubuhkan di bawah seksyen 41;

“langkah pembetulan” ertinya apa-apa langkah yang diambil untuk membetulkan apa-apa ketidakteraturan yang signifikan, atau untuk menutup atau menghentikan apa-apa kebocoran;

“langkah pemulihan” ertinya apa-apa langkah yang diambil untuk membaiki apa-apa kerosakan akibat daripada apa-apa kebocoran, pemindahan yang tidak disengajakan atau ketidakteraturan lain dalam suatu tapak penyimpanan;

“lesen penyimpanan daratan” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan oleh Agensi di bawah seksyen 36;

“lesen penyimpanan luar pesisir” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan oleh Agensi di bawah seksyen 27;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab yang berhubungan dengan perkara pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon;

“pemerangkapan karbon” ertinya proses pemerangkapan karbon dioksida dengan menggunakan teknologi pemerangkapan karbon bagi maksud penggunaan atau penyimpanan kekal;

“pengendali daratan” ertinya pemegang lesen penyimpanan daratan yang menjalankan pengendalian suatu tapak penyimpanan, mengawal tapak penyimpanan atau yang mengawal pengendalian suatu tapak penyimpanan, di kawasan daratan;

Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

Karbon 11

“pengendali luar pesisir” ertinya pemegang suatu lesen penyimpanan luar pesisir yang menjalankan pengendalian suatu tapak penyimpanan, mengawal tapak penyimpanan atau yang mengawal pengendalian suatu tapak penyimpanan, di kawasan luar pesisir;

“pengendalian suatu tapak penyimpanan” ertinya apa-apa aktiviti, fungsi, tugas atau perkara yang dijalankan atau yang perlu dijalankan untuk membangunkan infrastruktur bagi penyuntikan dan penyimpanan kekal karbon dioksida termasuk semua aktiviti sampingan, dan untuk mengendalikan tapak penyimpanan itu mengikut lesen penyimpanan di luar pesisir atau lesen penyimpanan daratan, menurut amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat;

“penilaian geologi daratan” ertinya apa-apa penilaian teknikal seperti ujian pencirian tapak, kajian seismik, penggerudian dan ujian penyuntikan mana-mana kompleks penyimpanan yang berpotensi di kawasan daratan bagi tujuan penyimpanan daratan;

“penilaian geologi luar pesisir” ertinya apa-apa penilaian teknikal seperti ujian pencirian tapak, kajian seismik, penggerudian dan ujian penyuntikan mana-mana kompleks penyimpanan yang berpotensi di kawasan luar pesisir bagi tujuan penyimpanan luar pesisir;

“permit penilaian daratan” ertinya suatu permit yang dikeluarkan oleh Agensi di bawah seksyen 34;

“permit penilaian luar pesisir” ertinya apa-apa permit yang dikeluarkan oleh Agensi di bawah seksyen 25;

“penyimpanan daratan” ertinya mana-mana penyimpanan kekal karbon dioksida di mana-mana kawasan daratan;

“penyimpanan kekal” ertinya pembendungan kekal suatu arus karbon dioksida dalam kompleks penyimpanan;

“penyimpanan luar pesisir” ertinya mana-mana penyimpanan kekal karbon dioksida di mana-mana kawasan luar pesisir;

12

Undang-Undang Malaysia

Akta 870

“tapak penyimpanan” ertinya suatu kompleks penyimpanan, suatu bentukan geologi di antara kompleks penyimpanan dengan unjuran permukaan kompleks penyimpanan itu, dan apa-apa kemudahan dan struktur yang berkaitan.

(2)

Bagi maksud Akta ini, apa-apa sebutan berhubung dengan

Malaysia, hendaklah termasuk zon ekonomi eksklusif dan pelantar benua Malaysia, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah

Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 [Akta 311] dan Akta Pelantar

Benua 1966 [Akta 83], mengikut mana-mana yang berkenaan.

Amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat

Section 4 — AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025