Malaysia legislation
Section 5
of AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025
Seksyen 5
Bagi maksud Akta ini, apa-apa sebutan “amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat” hendaklah ditafsirkan sebagai apa-apa amalan, kaedah, langkah dan standard yang secara amnya diikuti oleh industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon global semasa tempoh yang terpakai berhubung dengan aktiviti pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon seperti, dan termasuklah—
(a)
apa-apa kehendak sebagaimana yang ditetapkan oleh
Menteri setelah berunding dengan entiti teknikal kompeten yang berkaitan;
(b)
apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh entiti teknikal kompeten yang berkaitan; atau
(c)
apa-apa standard yang dikeluarkan oleh mana-mana badan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.