Malaysia legislation
Section 7
of AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025
Seksyen 7
Keanggotaan Agensi
(a)
seorang Pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh
Menteri daripada kalangan anggota Agensi;
(b)
Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon;
(c)
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar; dan
(d)
tidak lebih daripada enam anggota lain yang hendaklah dilantik secara bertulis oleh Menteri, yang pada pandangan
Menteri, mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang berhubungan dengan pemerangkapan, penggunaan atau penyimpanan karbon atau apa-apa kepakaran lain yang berkaitan.
(2)
Anggota Agensi yang dilantik di bawah perenggan (1)(d)—
(a)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan
(b)
melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula selama tempoh tidak melebihi dua penggal berturut-turut.
Fungsi dan kuasa Agensi