Malaysia legislation
Section 8
of AKTA PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON 2025
Seksyen 8
(a)
untuk menasihati Kerajaan dan Menteri berkaitan perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan Akta ini;
(b)
untuk mentadbir dan memastikan pelaksanaan yang berkesan Akta ini dan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
14
Undang-Undang Malaysia
Akta 870
(c)
untuk menyelia apa-apa aktiviti berhubung dengan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon;
(d)
untuk menyelia pengurusan apa-apa sumber penyimpanan bagi maksud penyimpanan kekal karbon dioksida di Malaysia;
(e)
untuk mentadbir dan mengawal Kumpulan Wang, dan semua perkara yang berhubungan dengan faedah dan pelaburan Kumpulan Wang itu;
(f)
untuk mengesyorkan kepada Kerajaan apa-apa dasar, tindakan dan langkah yang berhubungan dengan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon;
(g)
untuk menggalakkan, membangunkan atau melaksanakan apa-apa dasar dan inisiatif yang berhubungan dengan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon;
(h)
untuk mengumpul, menganalisis dan menyiarkan apa-apa maklumat, statistik dan faktor yang mempengaruhi atau yang berkaitan dengan pembangunan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon;
(i)
untuk mengawal aktiviti penilaian geologi luar pesisir dan penilaian geologi daratan melalui pengeluaran permit penilaian luar pesisir dan permit penilaian daratan;
(j)
untuk mengawal penyimpanan kekal di kawasan luar pesisir dan kawasan daratan melalui pengeluaran lesen penyimpanan luar pesisir dan lesen penyimpanan daratan;
(k)
untuk melaporkan kepada Menteri apa-apa perkara berkenaan dengan apa-apa kebocoran atau ketidakteraturan yang signifikan;
(l)
untuk mengawal aktiviti pengangkutan karbon dioksida yang diperangkap di dalam atau di luar Malaysia;
(m)
untuk mengawal aktiviti pengimportan karbon dioksida yang diperangkap di luar Malaysia; dan
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan
Karbon 15
(n)
untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi Agensi di bawah Akta ini selaras dengan maksud Akta ini.
(2)
Agensi hendaklah mempunyai semua kuasa yang mungkin perlu untuk, berkaitan dengan, atau secara munasabah bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan