Malaysia legislation
Section 10
of AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024
Seksyen 10
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6
seksyen yang berikut:
“Perintah
Majistret yang boleh dibuat ke atas penyalah guna dadah atau bahan.
Quoted provision
Seksyen 6a
(2)
Jika penyalah guna dadah atau bahan itu dibawa atau hadir di hadapan Majistret, Majistret itu hendaklah, atas syor Pegawai Pemulihan dan selepas memberi orang itu peluang untuk membuat representasi—
(a)
memerintahkan orang itu menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah pengawasan Pegawai
Pemulihan di tempat yang dinyatakan dalam perintah itu selama tempoh tidak melebihi dua tahun; atau
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1726
(b)
memerintahkan orang itu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat
Pemulihan yang dinyatakan dalam perintah itu selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
(3)
Suatu perintah rawatan dan pemulihan dalam komuniti yang dikenakan ke atas seseorang di bawah perenggan (2)(a) hendaklah mengandungi syarat yang berikut:
(a)
orang itu hendaklah tinggal di dalam
Negeri atau Wilayah Persekutuan atau mana-mana kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;
(b)
orang itu tidak boleh meninggalkan kawasan tempat tinggalnya melainkan jika kebenaran bertulis diperoleh daripada Ketua Pengarah;
(c)
orang itu hendaklah melapor diri di pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan yang berdekatan pada waktu yang dinyatakan dalam perintah itu;
(d)
orang itu tidak boleh mengambil apa-apa dadah berbahaya atau bahan;
(e)
orang itu hendaklah menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh seseorang
Pegawai Pemulihan;
(f)
orang itu hendaklah menjalani apa-apa program rawatan dan pemulihan penyalah guna dadah atau bahan sebagaimana yang ditentukan oleh seseorang Pegawai Pemulihan; dan
(g)
orang itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dinyatakan dalam
Perintah Tetap Ketua Pengarah.
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan)
(4)
Jika selepas pertimbangan sewajarnya oleh Pegawai Pemulihan, seseorang yang sedang menjalani perintah rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah perenggan (2)(a)
memerlukan rawatan dan pemulihan di Pusat
Pemulihan, pegawai boleh membawa orang itu, atau menyebabkannya hadir di hadapan
Majistret.
(5)
Jika seseorang itu dibawa atau hadir di hadapan Majistret di bawah subseksyen (4),
Majistret boleh, setelah menimbangkan laporan oleh Pegawai Pemulihan dan setelah memberi peluang kepada orang itu untuk membuat representasi, memerintahkan orang itu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
(6)
Mana-mana orang yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah perenggan 2(a) yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
dalam hal kesalahan kali pertama, dikenakan perintah pelanjutan tempoh rawatan dan pemulihan dalam komuniti selama tempoh tidak melebihi enam bulan; dan
(b)
dalam hal kesalahan kali kedua atau kesalahan yang berikutnya, dikenakan perintah untuk menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.”.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1726
Pindaan tajuk Bahagian 3