Malaysia legislation
Section 9
of AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024
Seksyen 9
Penggantian seksyen 6
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 6 dengan seksyen yang berikut:
“Perintah
Majistret yang boleh dibuat ke atas penagih dadah atau bahan.
Quoted provision
Seksyen 6
(2)
Jika penagih dadah atau bahan itu dibawa atau hadir di hadapan Majistret, Majistret itu hendaklah, atas syor Pegawai Pemulihan dan selepas memberi orang itu peluang untuk membuat representasi—
(a)
memerintahkan orang itu untuk menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan yang dinyatakan dalam perintah itu selama tempoh dua tahun dan selepas itu untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah pengawasan
Pegawai Pemulihan di tempat yang dinyatakan dalam perintah itu selama tempoh dua tahun; atau
(b)
memerintahkan orang itu untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah pengawasan
Pegawai Pemulihan di tempat yang dinyatakan dalam perintah itu selama tempoh dua tahun.
(3)
Suatu perintah rawatan dan pemulihan dalam komuniti yang dikenakan ke atas seseorang di bawah perenggan (2)(a) atau (b) hendaklah mengandungi syarat yang berikut:
(a)
orang itu hendaklah tinggal di dalam
Negeri atau Wilayah Persekutuan atau mana-mana kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;
(b)
orang itu tidak boleh meninggalkan kawasan tempat tinggalnya melainkan jika kebenaran bertulis diperoleh daripada Ketua Pengarah;
(c)
orang itu hendaklah melapor diri di pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan yang berdekatan pada waktu yang dinyatakan dalam perintah itu;
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1726
(d)
orang itu tidak boleh mengambil apa-apa dadah berbahaya atau bahan;
(e)
orang itu hendaklah menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh seseorang
Pegawai Pemulihan;
(f)
orang itu hendaklah menjalani apa-apa program rawatan dan pemulihan penagih dadah atau bahan sebagaimana yang ditentukan oleh seseorang
Pegawai Pemulihan; dan
(g)
orang itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dinyatakan dalam
Perintah Tetap Ketua Pengarah.
(4)
Jika selepas pertimbangan sewajarnya oleh Pegawai Pemulihan, seseorang yang sedang menjalani perintah rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah perenggan (2)(a)
atau (b) memerlukan rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, pegawai boleh membawa orang itu, atau menyebabkannya hadir di hadapan Majistret.
(5)
Jika seseorang itu dibawa atau hadir di hadapan Majistret di bawah subseksyen (4),
Majistret boleh, selepas menimbangkan laporan oleh Pegawai Pemulihan dan selepas memberi peluang kepada orang itu untuk membuat representasi, memerintahkan orang itu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
(6)
Mana-mana orang yang menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah perenggan (2)(a) atau (b) yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan)
9
boleh, apabila disabitkan, didenda atau diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat tidak kurang daripada satu ratus dua puluh jam jumlah agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan jika dihukum dengan pemenjaraan, boleh juga dikenakan sebatan tidak melebihi tiga sebatan.
(7)
Dalam seksyen ini, “khidmat masyarakat”
ertinya apa-apa kerja, perkhidmatan, aktiviti atau pelaksanaan arahan bagi kebaikan orang awam pada amnya yang boleh membantu dan mengekalkan pemulihan penagih dadah atau bahan di bawah pengawasan Ketua Pengarah.”.
Seksyen baharu 6a