Malaysia legislation

Section 12

of AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024

Seksyen 12

Penggantian seksyen 8

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 8 dengan seksyen yang berikut:

“Tatacara bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah atau bahan dan penyalah guna dadah atau bahan yang menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela.

Quoted provision

Seksyen 8

(2)

Jika seseorang membuat permohonan di bawah subseksyen (1), Pegawai Pemulihan hendaklah dengan seberapa segera yang boleh membuat perkiraan bagi pemohon itu menjalani ujian di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pegawai Pemulihan itu.

(3)

Jika Pegawai Pemulihan memperakui orang itu sebagai penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan disebabkan oleh ujian yang dibuat di bawah subseksyen (2),

Pegawai Pemulihan itu hendaklah memutuskan sama ada orang itu—

(a)

untuk menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, Pusat Khidmat atau pusat pemulihan persendirian selama tempoh tidak melebihi dua tahun; atau

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan)

(b)

untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah pengawasan

Pegawai Pemulihan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pegawai Pemulihan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

(4)

Pegawai Pemulihan boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu dan bermanfaat bagi rawatan dan pemulihan di bawah subseksyen (3) dan hendaklah memaklumkan keputusannya kepada orang itu.

(5)

Mana-mana orang yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan atau

Pusat Khidmat yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4)

hendaklah diberhentikan dengan segera daripada menjalani rawatan dan pemulihan dan dipindahkan daripada Pusat Pemulihan atau Pusat Khidmat.”.

Pindaan seksyen 9