Malaysia legislation
Section 13
of AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024
Seksyen 13
Seksyen 9 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan
“penagih dadah” dengan perkataan “penagih dadah atau bahan dan penyalah guna dadah atau bahan”;
(b)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “ibu bapa” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “ibu atau bapa”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “penagih dadah”
dengan perkataan “penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan”; dan
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1726
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Jika Pegawai Pemulihan memutuskan bahawa seseorang belum dewasa perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, Pusat Khidmat atau pusat pemulihan persendirian, atau menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti, ibu atau bapa atau penjaga seseorang belum dewasa itu hendaklah menghadiri program rawatan dan pemulihan bersama dengan seseorang belum dewasa itu jika ibu atau bapa atau penjaga seseorang belum dewasa itu dikehendaki oleh Pegawai Pemulihan untuk berbuat demikian.
(4)
Tertakluk pada subseksyen (3), Pegawai Pemulihan boleh mengenakan apa-apa syarat kepada ibu atau bapa atau penjaga seseorang belum dewasa yang merupakan penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Pegawai Pemulihan.
(5)
Mana-mana ibu atau bapa atau penjaga seseorang belum dewasa yang merupakan penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan itu yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.”.
Pindaan tajuk Bahagian 4