Malaysia legislation
Section 7
of AKTA (PENCEN DAN GANJARAN) ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI PARLIMEN 1971
Seksyen 7
(a)
apabila ia mati sa-masa menjadi sa-orang Anggota;
(b)
apabila ia berhenti menjadi sa-orang Anggota tetapi bukan-nya sa-mata $ ^{2} $ oleh sebab pembubaran Parlimen:
Dengan sharat baliawa jika Anggota itu ada-lah Perdana Menteri, Menteri atau Menteri Muda, menurut pilchan-nya sendiri, apabila ia berhenti memegang jawatan itu;
(c)
jika ia sa-orang Anggota, menurut pilehan-nya sendiri, apabila Parlimen di-bubarkan.
(2)
Gaji yang akan di-kira untok menghitong ganjaran dalam sa-suatu hal tertentu ia-lah satu pertiga daripada jumlah gaji yang di-terima dalam masa mana² 36 bulan daripada perkhidmatan masokira (sama ada tempoh ini terus menerus atau tidak) di-mana gaji itu ada-lah pada takat atau takat² maksima-nya, atau, jika perkhidmatan masokira itu kurang daripada tiga tahun, gaji hitong panjang dalam masa perkhidmatan masokira itu, yang di-kira atas asas tahunan.
(3)
Jumlah ganjaran hendak-lah di-kira mengikut kadar 1/96 daripada gaji tahunan Anggota itu bagi tiap² satu bulan perkhidmatan masokira yang telah genap dengan sharat bahawa ganjaran-maksima-yang-kena-di-bayar-tidak lebeh-daripada jumlah-bagi-240-bulan.
(5)
Jika sa-saorang Anggota mati dan suatu ganjaran di-bawah sekshen ini di-beri maka ganjaran itu bolch di-bayar kapada mana² orang tanggongan-nya mengikut sa-bagaimana yang di-putuskan oleh Yang di-Pertuan Agong atau, jika tidak ada orang tanggongan, kapada wakil diri-nya di-sisi undang².
(4)
Na-suatu tempoh perkhidmatan masokira yang telah di-bayar ganjaran atau award wang tunai kapudu sa-saorang Anggota mengenai perkhidmatan-nya sa-belum daripada Akta ini mula berkuatkuasa atau sa-suatu tempoh perkhidmatan masokira yang ganjaran telah di-bayar dahulu di-bawah peruntokan Akta ini tidak-lah di-kira bagi maksud mengira ganjaran yang genap masa-nya kena di-bayar di-bawah Akta ini.