Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Bagi maksud sesuatu pendakwaan atau prosiding di bawah
Akta ini atau sesuatu tindakan atau prosiding yang terbit daripada atau yang berhubungan dengan pelaksanaan Akta ini—
(a)
suatu perakuan daripada seseorang Mufti bahawa sesuatu teks atau dokumen adalah atau mengandungi suatu teks
Al-Qur’an atau suatu Ayat Al-Qur’an, atau bahawa sesuatu gabungan perkataan adalah suatu Ayat Al-Qur’an, atau bahawa terdapat sesuatu kesilapan dalam sesuatu teks
Al-Qur’an atau Ayat Al-Qur’an hendaklah diterima oleh mahkamah sebagai bukti muktamad perkara yang diperakui di dalamnya;
(b)
sesuatu yang dikatakan teks Al-Qur’an atau Ayat
Al-Qur’an ialah suatu teks Al-Qur’an atau Ayat
Al-Qur’an, walau pun ia berbeza daripada sesuatu segi daripada teks Al-Qur’an yang sebenarnya atau daripada sesuatu
Ayat
Al-Qur’an yang sebenarnya, jika dikemukakan suatu perakuan daripada seseorang Mufti, dan perakuan itu hendaklah diterima oleh mahkamah sebagai bukti muktamad perkara yang diperakui di dalamnya, yang memperakui bahawa yang dikatakan teks
Al-Qur’an itu mungkin menjadi teks Al-Qur’an yang sebenarnya, atau yang dikatakan Ayat Al-Qur’an itu mungkin menjadi Ayat Al-Qur’an yang sebenarnya yang tertentu, dengan menyatakan Ayat itu, jika pembetulan tertentu dibuat atau ketinggalan tertentu dimasukkan, dengan menyatakan pembetulan atau ketinggalan itu.
Kuasa menyita, menahan dan memeriksa teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang menyalahi undang-undang