Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Pencetakan Teks Al-Qur’an 21
(2)
Seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau seseorang pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis Agama Islam sesuatu Negeri atau Wilayah
Persekutuan untuk memohon waran di bawah subseksyen ini boleh memohon kepada seseorang Majistret atau Hakim Mahkamah
Sesyen untuk mendapatkan waran yang memberi kuasa kepada pegawai itu memasuki sesuatu premis dan mencari dan menyita dan menahan sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang pencetakan, penerbitan, pengimportan, pengedaran atau penjualannya menyalahi undang-undang di bawah
Akta ini, atau yang mengandungi sesuatu kesilapan berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu.
(3)
Sesuatu permohonan untuk mendapatkan waran di bawah subseksyen (2) hendaklah disokong oleh maklumat yang bermaksud bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa di premis itu terdapat sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang pencetakan, penerbitan, pengimportan, pengedaran atau penjualannya menyalahi undang-undang di bawah Akta ini, atau yang mengandungi apa-apa kesilapan berkenaan dengan Ayat-Ayat
Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks Al-Qur’an atau bahan
Al-Qur’an itu, dan Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen yang kepadanya permohonan itu dibuat hendaklah, melainkan jika dia mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa maklumat yang diberikan itu tidak betul, mengeluarkan waran yang dipohon itu.
(4)
Apabila ternyata kepada seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di sesuatu premis telah disembunyikan atau diletakkan sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang pencetakan, penerbitan, pengimportan, pengedaran dan penjualannya menyalahi undang-undang di bawah
Akta ini, atau yang mengandungi apa-apa kesilapan berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks
Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu, dan dia mempunyai alasan yang
Pencetakan Teks Al-Qur’an 23
baik untuk mempercayai bahawa disebabkan oleh kelengahan yang mesti akan terjadi kerana mendapatkan suatu waran geledah matlamat penggeledahan itu mungkin akan terkecewa, dia boleh memasuki dan menggeledah premis itu dan menyita dan menahan teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat demikian oleh sesuatu waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2).
Penelitian dan pelupusan teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an