Malaysia legislation
Section 7B
Seksyen 7B
(2)
Sesuatu bahan
Al-Qur’an yang ditahan di bawah subseksyen (1) hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, diserahkan kepada Lembaga dan diteliti oleh Lembaga.
(3)
Jika Lembaga memperakui bahawa bahan Al-Qur’an itu—
(a)
betul dan mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh
Lembaga berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya,
Lembaga hendaklah membenarkan pengimportan dan memberikan notis secara bertulis kepada orang yang daripadanya bahan Al-Qur’an itu ditahan menghendaki orang itu untuk menuntut atau mengambil bahan Al-Qur’an itu tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh notis itu; atau
(b)
mengandungi apa-apa kesilapan atau tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh
Lembaga berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya, Lembaga hendaklah melarang pengimportan dan memberikan notis secara bertulis kepada orang yang daripadanya bahan Al-Qur’an itu ditahan menghendaki orang itu untuk mengembalikan bahan Al-Qur’an itu kepada pengirimnya di luar Malaysia tidak lewat daripada tiga bulan dari tarikh notis itu.
(4)
Jika orang yang daripadanya bahan Al-Qur’an itu ditahan gagal untuk menuntut atau mengambil bahan Al-Qur’an itu dalam masa enam bulan dari tarikh notis di bawah perenggan (3)(a) atau gagal untuk mengembalikan bahan
Al-Qur’an itu kepada pengirimnya di luar Malaysia dalam masa tiga bulan dari tarikh notis di bawah perenggan (3)(b), mengikut mana-mana yang berkenaan, bahan Al-Qur’an itu hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Teks Al-Qur’an hendaklah mengandungi maklumat tertentu