Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QUR'AN 1986

Seksyen 8

(a)

nama dan alamat pencetak dan penerbitnya, atau dalam hal teks rakaman, orang yang bertanggungjawab bagi pembuatan rakaman itu dan bagi penerbitan teks rakaman itu;

(b)

dalam hal sesuatu teks Al-Qur’an yang diimport, nama dan alamat pengimportnya;

(c)

alamat tempat ia dicetak, dirakamkan atau diterbitkan;

(d)

suatu pernyataan yang bermaksud bahawa Ayat-Ayat

Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks itu telah diperakui betul oleh Lembaga menurut seksyen 6 atau 7;

dan

(e)

nombor rujukan perakuan yang relevan.

(2)

Tiada seorang pun boleh mencetak atau membantu dalam pencetakan, atau menerbitkan atau membantu dalam menerbitkan, sesuatu teks

Al-Qur’an yang tidak mematuhi kehendak subseksyen (1) atau yang di dalamnya mana-mana maklumat atau pernyataan yang dikehendaki ditunjukkan di bawah subseksyen (1)

adalah palsu.

(3)

Seseorang yang melanggar peruntukan subseksyen (2)

melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

*CATATAN—Dahulunya “dua puluh ribu ringgit”-lihat perenggan 9(a) Akta Pencetakan Teks

Al-Qu’ran (Pindaan) 2023 [Akta A1696].

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 326

Teks

Al-Qur’an hendaklah dicetak, berkenaan dengan

Ayat-Ayat Al-Qur’an, tepat sebagaimana yang diperakui

Section 8 — AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QUR'AN 1986 | mylaw.my