Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PENDAFTARAN TETAMU 1965

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —

“kad pengenalan” ertinya suatu kad pengenalan yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 [Akta 78] atau dokumen lain yang seumpamanya yang mengenal pasti pemegangnya;

“menginap” termasuklah, berhubungan dengan sesuatu bilik dalam mana-mana premis tertentu yang biasanya digunakan sebagai tempat tidur oleh orang yang menginap di situ, penghunian mana-mana bilik sedemikian oleh seseorang yang

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 381

dikehendaki didaftarkan di bawah seksyen 3(1)(a) (sama ada pada hari siang atau malam) bagi apa-apa tempoh;

“pasport”

termasuklah apa-apa dokumen perjalanan yang seumpamanya;

“pegawai pendaftaran” ertinya seseorang pegawai pendaftaran yang dilantik di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959;

“penjaga”, berkenaan dengan mana-mana premis tertentu, termasuklah tuan punya dan pengurusnya dan mana-mana orang yang pada masa itu diberi kuasa untuk membenarkan orang menginap dalam premis itu;

“premis tertentu” ertinya mana-mana premis, sama ada dilengkapi dengan perabot atau tidak, yang penginapan atau tempat tidur disediakan dengan bayaran.