Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PENDAFTARAN TETAMU 1965

Seksyen 3

Obligasi penjaga, dan pemastautin di, premis tertentu

(a)

untuk menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang terdapat dalam Jadual Pertama mengenai semua orang yang menginap di premis itu yang bukannya orang gaji penjaga premis itu dan yang bukan berumur di bawah dua belas tahun;

(b)

semasa ketibaan mana-mana orang sedemikian di premis itu, untuk menentukan dan memasukkan atau menyebabkan dimasukkan ke dalam daftar yang disimpan bagi maksud itu nama, alamat, pekerjaan, jantina dan kewarganegaraan orang itu, dan nombor, tempat dan tarikh dikeluarkan kad pengenalannya atau

(jika dia tidak mempunyai kad pengenalan) pasportnya, berserta dengan tarikh dan masa ketibaannya dan nama tempat terakhir dari mana, dan dengan cara apa, dia tiba;

Pendaftaran Tetamu 7

(c)

semasa pemergian mana-mana orang sedemikian dari premis itu, untuk memasukkan atau menyebabkan dimasukkan ke dalam daftar tarikh dan masa pemergian dan destinasi pemergian orang tersebut;

(d)

untuk memasukkan atau menyebabkan dimasukkan ke dalam daftar apa-apa butir lain sebagaimana yang ditetapkan; dan

(e)

untuk memberi kepada pegawai pendaftaran yang terdekat apa-apa penyata mengenai orang yang menginap di premis itu pada bila-bila masa atau pada lat tempoh dan dalam bentuk yang ditetapkan.

(2)

Adalah menjadi kewajipan setiap orang yang dikehendaki didaftarkan di bawah perenggan (1)(a) supaya memberi butir-butir yang dikehendaki oleh Akta ini untuk dimasukkan ke dalam daftar dan menandatangani daftar itu.

(3)

Penjaga mana-mana premis tertentu hendaklah, jika dikehendaki sedemikian pada bila-bila masa oleh mana-mana pegawai polis, menyediakan untuk pemeriksaan apa-apa daftar yang disimpan berhubungan dengan premis itu di bawah seksyen ini, dan setiap daftar tersebut hendaklah dibuka pada setiap waktu yang munasabah untuk pemeriksaan oleh pegawai pendaftaran, atau mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh pegawai pendaftaran.

(4)

Mana-mana pegawai polis, pegawai pendaftaran atau mana-mana orang yang diberi kuasa sedemikian sebagaimana yang disebut di dalam subseksyen (3) boleh membuat cabutan daripada mana-mana daftar yang diperiksanya di bawah subseksyen itu, dan jika dia mempunyai alasan untuk mengesyaki ketulenan apa-apa butir yang dimasukkan ke dalam daftar itu atau apa-apa catatan di dalamnya adalah pada fikirannya tidak lengkap atau mengelirukan, dia berhak untuk meminta apa-apa maklumat lanjut yang didapatinya perlu daripada orang yang dimaksudkan oleh catatan itu atau daripada mana-mana orang yang menghuni bilik yang dimaksudkan oleh catatan itu.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 381

(5)

Setiap daftar yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah dipelihara oleh penjaga premis yang dimaksudkan olehnya bagi tempoh yang tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh catatan terakhir dan boleh selepas itu, mengikut budi bicara penjaga, dimusnahkan.

(6)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini, pegawai pendaftaran boleh, melalui notis secara bertulis di bawah tandatangannya, membenarkan penjaga mana-mana premis tertentu yang disebut dalam notis itu untuk menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang berlainan (termasuklah daftar helai cerai atau indeks kad atau suatu daftar yang sebahagiannya dalam bentuk daftar terjilid dan sebahagian lagi dalam bentuk daftar helai cerai atau indeks kad)

daripada apa yang diperuntukkan oleh seksyen ini.

Kesalahan