Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA PENDAFTARAN TETAMU 1965

Seksyen 4

Adalah menjadi kewajipan penjaga mana-mana premis tertentu —

(a)

gagal untuk memasukkan atau menyebabkan dimasukkan ke dalam daftar apa-apa butir yang dia dikehendaki oleh

Akta ini untuk memasukkan atau menyebabkan dimasukkan ke dalamnya;

(b)

gagal untuk memberi kepada seseorang pegawai pendaftaran apa-apa penyata yang dia dikehendaki oleh

Akta ini untuk memberikannya; atau

(c)

gagal untuk mengemukakan apa-apa daftar yang dikehendaki disediakan atau dibuka bagi pemeriksaan di bawah subseksyen 3(3), atau menghalang mana-mana pegawai polis, pegawai pendaftaran, atau orang yang diberi kuasa oleh pegawai pendaftaran semasa pegawai atau orang sedemikian sedang menjalankan fungsinya di bawah Akta ini,

Pendaftaran Tetamu 9

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit, atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana orang yang —

(a)

dengan disedarinya atau dengan melulu membuat, atau menyebabkan atau membenarkan dibuat, dalam mana-mana daftar atau apa-apa penyata, apa-apa pernyataan yang palsu mengenai butir material;

(b)

tanpa kelulusan pegawai pendaftaran, bersengaja memusnahkan, atau mencatatkan atau menghapuskan apa-apa jua dalam, mana-mana daftar; atau

(c)

gagal untuk memberi apa-apa maklumat dalam milikannya yang diminta daripadanya di bawah subseksyen 3(4), adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Mana-mana orang yang dikehendaki didaftarkan di bawah perenggan 3(1)(a) yang melanggar subseksyen 3(2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.

Kaedah-kaedah

Section 4 — AKTA PENDAFTARAN TETAMU 1965 | mylaw.my