Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Elaun bencana
(a)
satu perdua belas daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat sedikit sahaja;
(b)
satu perenam daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat;
(c)
satu perempat daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat pada matanya;
(d)
satu pertiga daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu musnah sama sekali.
(2)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), seseorang pegawai yang menanggung bencana secara kekal semasa sebenarnya menjalankan tugasnya di bawah Ordinan itu atau semasa bertugas dalam Kawasan Keselamatan yang diisytiharkan di bawah seksyen 47
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [Akta 82], elaun bencana yang kena dibayar ialah―
9
(a)
satu perlapan daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat sedikit sahaja;
(b)
satu perempat daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat;
(c)
tiga perlapan daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat pada matanya;
(d)
setengah daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu musnah sama sekali.
(3)
Bagi maksud subseksyen (1) dan (2), “gaji” ertinya gaji hakiki bulanan dan apa-apa elaun berpencen yang diterima oleh pegawai itu pada mula ia menanggung bencana atau mendapat penyakit itu.
(4)
Elaun bencana hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan atau elaun persaraan atau ganjaran yang diberi masing-masingnya di bawah seksyen 6 atau 8 tetapi jumlah kesemuanya yang kena dibayar di bawah seksyen ini tidak boleh lebih daripada dua pertiga daripada gaji akhir yang diterimanya.
Pencen tanggungan