Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA PENGHITUNGAN SEMULA PENCEN 1980

Seksyen 11

(a)

kepada balu pegawai itu, selagi tidak berkahwin dan berkelakuan baik sebanyak satu perenam daripada gajinya;

(b)

jika pegawai yang mati itu meninggalkan seorang balu yang kepadanya pencen telah diberi di bawah perenggan

(a)

sebanyak satu perempat puluh lapan daripada gajinya kepada setiap anak hingga seramai enam orang;

Penghitungan Semula Pencen

9

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 228

(c)

jika pegawai yang mati itu tidak meninggalkan seorang balu, atau tiada pencen diberi kepada balu itu sebanyak satu perdua puluh empat daripada gajinya kepada setiap anak hingga seramai enam orang;

(d)

mulai dari tarikh kematian seseorang balu yang kepadanya pencen telah diberi di bawah perenggan (a) sebanyak satu perdua puluh empat daripada gajinya kepada setiap anak pegawai yang mati hingga seramai enam orang;

(e)

jika ibu pegawai yang mati itu bergantung sepenuhnya atau pada sebahagian besarnya pada pegawai itu untuk nafkah pada masa kematiannya dan―

(i)

pegawai yang mati itu tidak meninggalkan seorang balu atau jika tiada pencen diberi kepada balunya sebanyak satu perenam daripada gaji pegawai itu kepada ibunya selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi; atau

(ii)

pegawai yang mati itu meninggalkan seorang balu yang kepadanya pencen diberi di bawah perenggan

(a)

sebanyak satu perdua belas daripda gaji pegawai itu kepada ibunya selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi;

(f)

jika ibu pegawai yang mati itu sudah mati dan bapanya bergantung sepenuhnya atau pada sebahagian besarnya pada pegawai itu untuk nafkah pada masa kematiannya dan―

(i)

pegawai yang mati itu tidak meninggalkan seorang balu atau jika tiada pencen diberi kepada balunya sebanyak sau perenam daripada gaji pegawai itu kepada bapanya selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi; atau

(ii)

pegawai yang mati itu meninggalkan seorang balu yang kepadanya pencen diberi di bawah perenggan

(a)

sebanyak satu perdua belas daripada gaji pegawai itu kepada bapanya selagi berkelakuan

11

baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi.

(2)

Walau apa pun peruntukan subseksyen

(1)

, pada menghitungkan apa-apa pencen yang kena dibayar kepada seseorang pegawai yang mati akibat daripada menanggung bencana semasa sebenarnya menjalankan tugasnya atau semasa bertugas dalam

Kawasan Keselamatan yang diisytiharkan di bawah seksyen 47 Akta

Keselamatan Dalam Negeri 1960, pecahan dalam subseksyen (1)

hendaklah dibaca seolah-olah telah digantikan satu perenam dengan satu perempat; satu perempat puluh lapan dengan satu perdua puluh empat; satu perdua puluh empat dengan satu perdua belas dan satu perdua belas dengan satu perlapan di mana-mana jua ia terdapat.

(3)

Jika seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah layak mendapat pencen tanggungan dan pencen terbitan maka dia hendaklah dibayar amaun yang lebih tinggi di antara dua amaun itu selama tempoh dua belas tahun setengah dan selepasnya itu dia hendaklah dibayar pencen tanggungan.

Kuasa hendaklah dijanlankan oleh Ketua Pengarah

Section 11 — AKTA PENGHITUNGAN SEMULA PENCEN 1980 | mylaw.my