Malaysia legislation
Section 24
of AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2017
Seksyen 24
Seksyen 23 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“Tiada penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar boleh menjalankan amalan penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah” dengan perkataan
“Tiada penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar boleh menjalankan amalan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta”;
(b)
dengan menomborkan semula subseksyen (1a) yang sedia ada sebagai subseksyen (1b);
(c)
dalam subseksyen (1b) yang dinomborkan semula—
(i)
dengan menggantikan perkataan “pentaksiran atau perejenan harta tanah” dengan perkataan
“pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta”; dan
(ii)
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“pentaksir atau ejen harta tanah” dengan perkataan
“pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta”;
(d)
dengan memasukkan sebelum subseksyen (1b) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(1a) Sesuatu ketuanpunyaan tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan boleh memohon kepada
Lembaga bagi pendaftaran untuk menjalankan amalan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta dalam borang dan mengikut cara, dan disertakan dengan fi, yang ditetapkan oleh Lembaga.”;
(e)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “pentaksiran atau perejenan harta tanah” dengan perkataan
“pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta”;
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
(ii)
dalam perenggan (a)—
(A)
dalam subsubperenggan (i)(B), dengan menggantikan perkataan “pentaksir berdaftar dan ejen harta tanah berdaftar” dengan perkataan “pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar dan pengurus harta berdaftar”;
(B)
dalam subperenggan (ii)—
(aa) dalam subsubperenggan (B), dengan menggantikan perkataan “pentaksir berdaftar, penilai berdaftar dan ejen harta tanah berdaftar” dengan perkataan “pentaksir berdaftar, penilai berdaftar, ejen harta tanah berdaftar dan pengurus harta berdaftar”; dan
(bb) dalam subsubperenggan (C), dengan memotong perkataan “dan” di hujung subsubperenggan itu;
(C)
dalam subperenggan (iii)—
(aa) dalam subsubperenggan (B), dengan menggantikan perkataan “penilai berdaftar dan pentaksir berdaftar”
dengan perkataan “penilai berdaftar, pentaksir berdaftar dan pengurus harta berdaftar”; dan
(bb) dalam subsubperenggan (C), dengan memasukkan selepas koma bernoktah di hujung subsubperenggan itu perkataan “dan”; dan
(D)
d e n g a n m e m a s u k k a n s e l e p a s subperenggan (iii) subperenggan yang berikut:
“(iv) dalam hal suatu amalan pengurusan harta—
(A)
semata-mata pengurus harta berdaftar;
Undang-Undang Malaysia 24
Akta A1550
(B)
suatu gabungan pengurus harta berdaftar, penilai berdaftar, pentaksir berdaftar dan ejen harta tanah berdaftar; atau
(C)
suatu gabungan pengurus harta berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain;”;
(iii)
dalam perenggan (b)—
(A)
dalam subperenggan (iii), dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan itu;
(B)
dengan menomborkan semula subperenggan (iv)
yang sedia ada sebagai subperenggan (v);
dan
(C)
dalam subperenggan (v) yang dinomborkan semula—
(aa) dengan menggantikan perkataan “pentaksir berdaftar dan ejen harta tanah berdaftar”
dengan perkataan “pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar dan pengurus harta berdaftar”;
(bb) dalam subsubperenggan (B), dengan memotong perkataan “dan” di hujung subsubperenggan itu; dan
(cc)
dengan memasukkan selepas subsubperenggan (C) subsubperenggan yang berikut:
“(D)
dalam hal suatu amalan pengurusan harta, oleh suatu majoriti pengurus harta yang memegang kepentingan dan hak mengundi majoriti.”; dan
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
(D)
d e n g a n m e m a s u k k a n s e b e l u m subperenggan (v) yang dinomborkan semula subperenggan yang berikut:
“(iv) dalam hal suatu amalan pengurusan harta, semata-mata oleh pengurus harta berdaftar; dan”;
(f)
dengan menomborkan semula subseksyen (4a) yang sedia ada sebagai subseksyen (4b);
(g)
dalam subseksyen (4b) yang dinomborkan semula—
(i)
dengan menggantikan perkataan “Walau apa pun subseksyen (2) atau (4)” dengan perkataan “Walau apa pun subseksyen (2), (4) atau (4a)”;
(ii)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“pentaksiran atau perejenan harta tanah” dengan perkataan “pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta”;
(iii)
dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan
“pentaksiran atau perejenan harta tanah” dengan perkataan “pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta”; dan
(iv)
dalam perenggan (d)—
(A)
dengan menggantikan perkataan “pentaksiran atau perejenan harta tanah” dengan perkataan
“pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta”; dan
(B)
dengan menggantikan perkataan “pentaksir atau ejen harta tanah” dengan perkataan
“pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta”;
(h)
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(4a) Tiada pengurus harta berdaftar boleh, melainkan jika Lembaga meluluskan sedemikian secara bertulis,
Undang-Undang Malaysia 26
Akta A1550
menjadi atau terus menjadi tuan punya tunggal, pekongsi, pemegang syer atau pengarah lebih daripada satu ketuanpunyaan tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menjalankan amalan pengurusan harta.”;
(i)
dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan
“Seseorang penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar” dengan perkataan “Seseorang penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar”;
(j)
dalam subseksyen (7)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “Daftar Penilai,
Pentaksir dan Ejen Harta Tanah” dengan perkataan
“Daftar”;
(k)
dalam subseksyen (8)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar”;
(ii)
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar”
dengan perkataan “pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar”;
dan
(iii)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar”
dengan perkataan “pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar”;
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
(l)
dalam subseksyen (9)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar” dengan perkataan
“pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar”; dan
(ii)
dengan memotong perkataan “Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah”;
(m)
dalam subseksyen (10), dengan menggantikan perkataan
“penilaian berdaftar, pentaksiran berdaftar atau perejenan harta tanah berdaftar” dengan perkataan “penilaian berdaftar, pentaksiran berdaftar, perejenan harta tanah berdaftar atau pengurusan harta berdaftar”;
(n)
dalam subseksyen (11)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar” dengan perkataan
“pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar”;
(ii)
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar”
dengan perkataan “pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar”;
dan
(iii)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar”
dengan perkataan “pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar”;
(o)
dalam subseksyen (12), dengan menggantikan perkataan
“pentaksir atau ejen harta tanah” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta”;
(p)
dalam subseksyen (13), dengan menggantikan perkataan
“pentaksir atau ejen harta tanah” dengan perkataan
“pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta”; dan
Undang-Undang Malaysia 28
Akta A1550
(q)
dalam subseksyen (14)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “pentaksir atau ejen harta tanah” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar”.
Pindaan seksyen 24