Malaysia legislation

Section 25

of AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2017

Seksyen 25

Subseksyen 24(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, jika seorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah atau penilai percubaan atau ejen harta tanah percubaan yang namanya telah dimasukkan dalam Daftar atau Daftar Penilai Percubaan/Ejen Harta

Tanah Percubaan, mengikut mana-mana yang berkenaan—”

dengan perkataan “Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, jika seorang penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta atau penilai percubaan, ejen harta tanah percubaan atau pengurus harta percubaan yang namanya telah dimasukkan dalam Daftar atau Daftar Percubaan, mengikut mana-mana yang berkenaan—”;

(b)

dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan

“seksyen 18, 22a atau 22d” dengan perkataan “seksyen 18,

22d atau 22h”;

(c)

dalam perenggan (h)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “pentaksiran atau perejenan harta tanah” dengan perkataan

“pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta”; dan

(ii)

dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu;

Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)

(d)

dalam perenggan (i), dengan menggantikan perkataan

“amalan penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah,” dengan perkataan “amalan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta; atau”;

(e)

dengan memasukkan selepas perenggan (i) perenggan yang berikut:

“(j)  telah menjual, memajak, menyewa kecil, memindahkan atau selainnya membenarkan mana-mana orang lain untuk menggunakan kuasanya untuk menjalankan amalan yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini,”;

(f)

dalam subperenggan (v), dengan memotong perkataan

“atau” di hujung subperenggan itu;

(g)

dalam subperenggan (vi), dengan menggantikan noktah di hujung subperenggan itu dengan koma bernoktah; dan

(h)

dengan memasukkan selepas subperenggan (vi) subperenggan yang berikut:

“(vii)  memberi amaran kepadanya; atau

(viii)

menolak pertuduhan.”.

Pindaan seksyen 25

Section 25 — AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2017