Malaysia legislation

Section 15

of AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2025

Seksyen 15

Pindaan seksyen 58

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Pelantikan Ketua Pendakwa Syarie, Timbalan Ketua

Pendakwa Syarie, Pendakwa Syarie dan Pegawai

Penguat Kuasa Agama”;

Pentadbiran Undang-Undang Islam

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan)

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat

Menteri, melantik seorang Ketua Pendakwa Syarie dan apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dalam kalangan pegawai Skim Pegawai Syariah dalam perkhidmatan awam am Persekutuan.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1 a)  Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika dia—

(a)

seorang warganegara;

(b)

beragama Islam; dan

(c)

sebaik sebelum pelantikannya, memegang apa-apa jawatan dalam Skim Pegawai Syariah dalam perkhidmatan awam am Persekutuan selama tempoh berterusan yang tidak kurang daripada sepuluh tahun.”;

(d)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Ketua Pendakwa Syarie boleh melantik orang yang layak dan sesuai dalam kalangan Skim Pegawai

Syariah dalam perkhidmatan awam am Persekutuan menjadi Pendakwa Syarie.”; dan

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3a) subseksyen yang berikut:

“(3b)  Timbalan Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai segala kuasa Pendakwa Syarie dan hendaklah bertindak sebagai Ketua Pendakwa Syarie semasa ketiadaan atau ketidakupayaan Ketua Pendakwa

Syarie.”.

12

Undang-Undang Malaysia

Akta A1749

Seksyen baharu 59a

Section 15 — AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2025