Malaysia legislation
Section 16
of AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2025
Seksyen 16
Bahagian VI Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 60 seksyen yang berikut:
“Tafsiran 59a. Bagi maksud Bahagian ini—
“harta” termasuklah—
(a)
semua harta alih atau harta tak alih, termasuk harta intelek dan semua manfaat, keuntungan atau kepentingan, sama ada di bawah ekuiti atau undang-undang, dalam harta alih atau harta tak alih itu; dan
(b)
kepakaran atau perkhidmatan yang mempunyai nilai mengikut Hukum Syarak;
“istibdal” ertinya penggantian sesuatu mawquf dengan suatu harta yang lain atau wang yang mempunyai nilai yang sama atau nilai yang lebih tinggi daripada mawquf itu, melalui penukaran, pembelian, penjualan atau menguruskan harta itu dengan apa-apa cara lain mengikut Hukum Syarak;
“mawquf” ertinya apa-apa harta yang diserahkan dan disumbangkan oleh mana-mana orang sebagai suatu wakaf;
“mawquf ‘alaih” ertinya seseorang yang berhak menerima apa-apa manfaat, keuntungan atau kepentingan daripada suatu mawquf;
“mutawalli” atau “qayyim” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Wakaf masing-masing di bawah perenggan 61a(3)(b) dan (c).”.
Pindaan seksyen 60