Malaysia legislation
Section 2
of AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2025
Seksyen 2
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1993 [Akta 505], yang disebut “Akta ibu” dalam
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “anak kariah” takrif yang berikut:
‘ “Baitulmal” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 60;’;
(b)
dengan menggantikan takrif “Hakim Syarie” atau “Hakim”
dengan takrif yang berikut:
‘ “Hakim Syarie” atau “Hakim” ertinya Ketua Hakim
Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah
Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan;’;
(c)
dengan menggantikan takrif “Hukum Syarak” dengan takrif yang berikut:
‘ “Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie, atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali;’;
(d)
dengan memotong takrif “Jawatankuasa Perundingan
Hukum Syarak”;
(e)
dengan memasukkan sebelum takrif “kariah masjid” takrif yang berikut:
‘ “Jawatankuasa Wakaf” ertinya Jawatankuasa
Wakaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 61a(1);’;
(f)
dengan menggantikan takrif “Ketua Pendakwa Syarie”
dengan takrif yang berikut:
‘ “Ketua Pendakwa Syarie” atau “Timbalan Ketua
Pendakwa Syarie” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 58(1);’;
Pentadbiran Undang-Undang Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan)
(g)
dengan memotong takrif “Kumpulan Wang”;
(h)
dengan menggantikan takrif “Mufti” dengan takrif yang berikut:
‘ “Mufti” ertinya Mufti yang dilantik di bawah seksyen 3
Akta Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 202...
[Akta ...];’;
(i)
dengan memasukkan selepas takrif “Setiausaha” takrif yang berikut:
‘ “wakaf” ertinya—
(a)
untuk menyerahkan hak milik apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau kepentingannya;
(b)
untuk menyerahkan manfaat atau kepentingan yang boleh dinikmati daripada apa-apa harta;
atau
(c)
untuk menyumbangkan kepakaran dan perkhidmatan yang boleh dinikmati manfaat atau kepentingannya, sama ada sebagai wakaf ‘am atau wakaf khas, tetapi tidak termasuk amanah yang ditakrifkan di bawah
Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208];’;
(j)
dengan menggantikan takrif “wakaf ‘am” dengan takrif yang berikut:
‘ “wakaf ‘am” ertinya wakaf bagi maksud kebajikan umum mengikut Hukum Syarak;’; dan
(k)
dengan menggantikan takrif “wakaf khas” dengan takrif yang berikut:
‘ “wakaf khas” ertinya wakaf bagi maksud kebajikan tertentu atau bagi pihak tertentu mengikut
Hukum Syarak;’.
6
Undang-Undang Malaysia
Akta A1749
Pindaan seksyen 7