Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2025

Seksyen 3

Akta ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)—

(a)

dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan

“[Akta 208]”;

(b)

dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:

“(e) untuk menubuhkan apa-apa skim bagi pemberian pinjaman daripada Baitulmal selain wang zakat kepada individu beragama Islam bagi maksud mengikuti pendidikan tinggi;”;

(c)

dalam perenggan (f), dengan memotong perkataan

“dan” di hujung perenggan itu; dan

(d)

dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut:

“(fa) untuk menubuhkan, menyenggarakan dan menguruskan rumah kebajikan, tempat perlindungan dan pusat pemulihan; dan”.

Pindaan seksyen 9

Section 3 — AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2025