Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(2)
Apa-apa elaun yang kena dibayar kepada pemegang sesuatu pingat di bawah Perintah Angkatan Tentera No. 627/56 adalah terhenti dari kena dibayar hanya atas kematian pegawai yang berkenaan itu.
(3)
Jika jumlah amaun apa-apa pencen atau faedah lain yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah Akta ini atau diberi dan diselaraskan di bawah
Akta ini adalah kurang daripada jumlah amaun pencen atau faedah lain yang sedang diterima, maka jumlah amaun pencen atau faedah lain yang kena dibayar di bawah Akta ini hendaklah sama dengan jumlah amaun yang sedang diterima.
(4)
Dalam subseksyen (3), perbahasaan “jumlah amaun yang sedang diterima” ertinya pencen atau faedah lain, berserta dengan apa-apa bayaran berkaitan yang lain, yang sebenarnya diterima oleh orang yang berkenaan itu sebelum penyelarasan yang hendak dibuat di bawah Akta ini apabila sahaja dilaksanakan tangga gaji semasa itu.
Pemulihan pencen