Seksyen 1
(2)
Tertakluk kepada seksyen ini, Akta ini terpakai di seluruh
Malaysia berkenaan dengan—
(a)
pegawai yang, apabila bersara, menerima atau adalah berhak menerima pencen atau faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 238
(b)
orang tanggungan bagi pegawai yang tersebut dalam perenggan (a) yang, apabila pegawai yang berkenaan itu mati semasa dalam perkhidmatan atau semasa bersara, menerima pencen atau faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
(c)
orang tanggungan bagi pegawai yang tersebut dalam perenggan (a) yang menjadi orang tanggungan yang, sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, tidak berhak menerima pencen dan faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
(d)
orang tanggungan bagi pegawai yang telah mati atau mati dalam perkhidmatan di bawah skim lama di mana pegawai itu telah pernah atau telah disahkan dalam jawatan mereka dan, berkenaan dengan pegawai berpencen, diletakkan dalam perjawatan berpencen mengikut undang-undang bertulis atau terma dan syarat perkhidmatan yang terpakai bagi hal mereka, sebagai orang tanggungan yang, sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, tidak berhak menerima pencen atau faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis.