Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain —
“anak” ertinya anak seorang pegawai yang mati —
(a)
iaitu anak yang di bawah umur dua puluh satu tahun dan termasuk —
(i)
anak yang lahir selepas kematian pegawai itu,
Penyelarasan Pencen 7
anak tiri tanggungan dan anak tidak sah taraf pegawai itu; dan
(ii)
anak yang diambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan
(b)
iaitu seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri;
“elaun persaraan” termasuklah elaun tahunan yang dibayar atau kena dibayar .kepada seseorang pegawai, dalam persaraan dalam jawatan tidak berpencen;
“gaji yang akhir diterima” ertinya —
(a)
gaji hakiki bulanan yang akhir diterima sebenarnya oleh pegawai sebelum kematian atau persaraannya; atau
(b)
jika adalah bagi faedahnya dalam hal seorang pegawai yang mati atau bersara sebelum disahkan dalam lantikan kedua atau kemudiannya yang dipegangnya pada masa kematian atau persaraan itu, gaji hakiki bulanan yang akhir diterima bagi jawatan terakhir dalam mana dia telah disahkan sebelum kematian atau persaraannya, termasuk apa-apa kenaikan gaji isyarat yang dia tetap berhak dapat, mengikut prinsip perkhidmatan yang terpakai bagi kesnya, kiranya dia telah kembali ke lantikan yang terakhir itu;
atau
(c)
dalam hal seorang yang mana sebahagian dari perkhidmatannya di mana-mana wilayah yang menjadikan Malaysia yang Kerajaan Persekutuan adalah bertanggungjawab atas pembayaran pencen atau faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis, gaji
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 238
hakiki bulanan yang akhir diterima sebenarnya oleh orang itu semasa beliau berada akhir sekali dalam perkhidmatan Persekutuan di wilayah itu; atau
(d)
dalam hal seorang pegawai yang disebut dalam peraturan 2
Peraturan-Peraturan
Pencen 1957
[L.N. 233/1957], gaji hakiki bulanan yang akhir diterima bagi jawatan yang dipilih atau mungkin telah dipilihnya bagi maksud menghitung perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira di bawah peraturan itu;
dan jika pegawai atau orang itu ada menerima atau telah menerima atau berhak menerima apa-apa elaun berpencen dalam perkhidmatan awam atau dalam perkhidmatan suatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan atau, dalam hal seorang yang tersebut dalam perenggan (c), dalam perkhidmatan mana-mana wilayah yang menjadikan Malaysia, elaun berpencen hendaklah menjadi sebahagian daripada gaji yang akhir diterimanya;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;
“orang tanggungan” ertinya balu, duda, anak, emak atau bapa seseorang pegawai yang mati;
“pegawai” ertinya seseorang pegawai perkhidmatan awam atau seseorang pekerja pihak berkuasa berkanun atau tempatan yang, sebelum ia bersara atau mati, telah berkhidmat di Malaysia atau dalam mana-mana wilayah yang sekarang ini menjadi sebahagian dari Malaysia;
“pegawai berpencen” ertinya seseorang pegawai yang telah dimasukkan dalam perjawatan berpencen atau yang telah diberi taraf berpencen atau yang apabila bersara atau mati adalah disifatkan sebagai berpencen di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
“pencen atau faedah lain” termasuk pencen, elaun persaraan, elaun tahunan, pencen hilang upaya, elaun bencana, pencen terbitan, elaun persaraan terbitan dan pencen orang tanggungan yang diberi di bawah
Penyelarasan Pencen 9
mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah
Akta ini, atau yang diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“perkhidmatan awam” ertinya—
(a)
perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
(b)
perkhidmatan awam am bagi Persekutuan;
(c)
pasukan polis;
(d)
perkhidmatan keretapi;
(e)
perkhidmatan pelajaran;
(f)
perkhidmatan awam bersama yang tersebut dalam
Perkara 133 Perlembagaan Persekutuan;
(g)
perkhidmatan awam bagi tiap-tiap satu Negeri;
(h)
Perkhidmatan Parlimen yang tersebut dalam
*Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 [Akta 394]; dan
(i)
mana-mana perkhidmatan lain yang ditetapkan oleh
Yang di-Pertuan Agong melalui perintah dalam Warta sebagai perkhidmatan awam bagi maksud Akta ini;
“perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya apa-apa perkhidmatan seseorang pegawai di Malaysia atau dalam mana-mana wilayah yang sekarang ini menjadi sebahagian dari Malaysia yang telah digunakan dalam menghitung pencen atau faedah lain bagi pegawai itu apabila ia bersara atau bagi tanggungannya apabila ia mati;
________________________________________________________
* CATATAN—Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 [Akta 394] telah dimansuhkan oleh perenggan 7(d)
Akta A837— lihat juga seksyen 7 untuk kedudukan ahli Pekhidmat Parlimen.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 238
“pihak berkuasa berkanun atau tempatan” ertinya suatu pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan suatu pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan;
“skim lama” ertinya skim yang berkenaan mengenai gaji dan terma serta syarat perkhidmatan yang terpakai bagi pegawai dalam perkhidmatan awam dan pekerja dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan yang mana penyemakan gaji dan terma serta syarat perkhidmatan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mulai dari 1 Januari 1976, atau apa-apa penyemakan lain yang kemudiannya tentang gaji, atau terma dan syarat perkhidmatan, atau kedua-duanya yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, dari semasa ke semasa, adalah tidak terpakai bagi mereka;
“tangga gaji semasa” ertinya tangga gaji terakhir yang terpakai, pada atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, bagi pegawai dalam perkhidmatan awam dan pekerja dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan yang mana penyemakan gaji yang dibuat oleh
Kerajaan Persekutuan mulai dari l Januari 1976, atau apa-apa penyemakan lain yang kemudiannya yang dibuat oleh Kerajaan
Persekutuan, dari semasa ke semasa, adalah terpakai bagi mereka;
“undang-undang bertulis” ertinya mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pencen dan faedah lain bagi pegawai dalam perkhidmatan awam atau pekerja dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan, dan bagi orang tanggungan mereka, dan termasuk Akta ini.
Penyelarasan pencen dan faedah lain bagi pegawai dan orang tanggungan