Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Pencen, dsb., terendah sekali bagi perkhidmatan penuh
(1)
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, tetapi tertakluk kepada subseksyen 3(1), jika apa-apa pencen atau faedah lain yang diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini atau yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah Akta ini adalah dihitung berdasarkan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira selama tidak kurang daripada dua puluh lima tahun —
(a)
amaun pencen atau pencen terbitan terendah sekali yang kena dibayar selepas penyelarasan tidaklah boleh kurang daripada seratus lapan puluh ringgit sebulan;
(b)
amaun elaun persaraan atau elaun persaraan terbitan terendah sekali yang kena dibayar selepas penyelarasan tidaklah boleh kurang daripada tiga perempat daripada seratus lapan puluh ringgit sebulan.
(2)
Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah dalam Warta menambah amaun pencen atau faedah lain yang terendah sekali yang kena dibayar menurut seksyen ini.