Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PERBADANAN PADANG GOLF SUBANG 1968 (DISEMAK 2018)

Seksyen 4

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, suatu cap yang mengandungi inskripsi “Perbadanan Padang Golf

Subang” bolehlah digunakan sebagai meterai perbadanan bagi

Perbadanan.

(3)

Meterai Perbadanan apabila dicapkan pada sesuatu surat ikatan, dokumen atau surat cara lain hendaklah dicapkan di hadapan dan diaku saksi oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dan seorang anggota yang lain.

(4)

Apa-apa kontrak atau surat cara yang, jika dibuat atau disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan, boleh dibuat atau disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh Perbadanan bagi maksud itu tertakluk kepada apa-apa sekatan tentang nilai atau selainnya yang boleh dikenakan dalam pemberikuasaan itu.

Perbadanan Padang Golf Subang 7

(5)

Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang berupa sebagai telah disempurnakan atau dikeluarkan dengan sewajarnya di bawah meterai Perbadanan atau bagi pihak Perbadanan hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan atau dikeluarkan sedemikian.

Kuasa Perbadanan

Section 4 — AKTA PERBADANAN PADANG GOLF SUBANG 1968 (DISEMAK 2018)