Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PERBADANAN PADANG GOLF SUBANG 1968 (DISEMAK 2018)

Seksyen 5

(a)

untuk menubuhkan, menguruskan dan menyenggara atau menyebabkan supaya diuruskan dan disenggara mana-mana padang golf untuk digunakan berkaitan dengan sukan golf atau apa-apa sukan lain, permainan, rekreasi atau kegiatan masa lapang, yang disifatkan patut oleh Perbadanan;

(b)

untuk memperoleh melalui pembelian, hadiah atau selainnya harta alih dan harta tak alih dan apa-apa kepentingan mengenainya, dan untuk melupuskan atau selainnya berurusan dengan apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang diperoleh sedemikian oleh Perbadanan;

(c)

untuk mendirikan apa-apa bangunan di atas mana-mana harta tak alih kepunyaan Perbadanan atau di atas mana-mana harta tak alih yang berkenaan dengannya apa-apa kontrak atau perkiraan telah dibuat di bawah perenggan

(d)

dan menyusun atur dan menyediakan harta itu untuk apa-apa sukan, permainan, rekreasi atau kegiatan masa lapang yang sesuai atau mudah diadakan di situ, untuk mengadakan tempat letak, astaka, gimnasium, bilik jamuan ringan, kedai, gerai, tandas dan apa-apa kesenangan dan kemudahan lain yang berkaitan dengannya sebagaimana yang disifatkan patut oleh Perbadanan;

(d)

untuk membuat apa-apa kontrak atau perkiraan melalui pajakan atau selainnya berkenaan dengan mana-mana padang golf atau mana-mana bangunan atau kesenangan di atasnya atau berkenaan dengan mana-mana harta dengan mana-mana orang, kumpulan orang atau mana-mana pihak berkuasa awam tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang diluluskan oleh Menteri;

(e)

untuk menyenggara atau membina semula mana-mana bangunan yang didirikan di atas tanah Perbadanan;

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 810

(f)

untuk menjual, membuat pajakan atau pajakan kecil atau selainnya melupuskan mana-mana tanah yang tidak dikehendaki untuk aktiviti sukan atas apa-apa terma dan syarat yang diluluskan oleh Menteri;

(g)

untuk mengadakan atau memajukan apa-apa sukan, permainan, olahraga, rekreasi atau kegiatan masa lapang, dan untuk memberikan atau menyumbang hadiah, anugerah dan penghormatan;

(h)

untuk menjalankan perniagaan sebagai pembekal makan minum dan pembekal makanan dan minuman ringan berlesen;

(i)

dengan kelulusan Menteri, untuk menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa harta Perbadanan bagi apa-apa maksud yang ditentukan oleh Perbadanan sebagai tambahan kepada maksud yang disebut dalam seksyen ini;

(j)

untuk melantik mana-mana pegawai, ejen dan pekhidmat atas apa-apa terma tentang saraan dan selainnya yang ditentukan oleh Perbadanan; dan

(k)

dengan kelulusan Menteri, untuk memajukan semua tanah yang tidak dikehendaki untuk aktiviti padang golf atau sukan lain atau rekreasi bagi maksud perindustrian atau perumahan atau sebagai taman, taman bunga atau kesenangan sosial lain; dan bagi maksud perenggan ini

Perbadanan boleh membuat apa-apa kontrak atau perkiraan dengan mana-mana orang, kumpulan orang atau pihak berkuasa awam.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Perbadanan hendaklah bertanggungjawab bagi pengurusan dan kawalan Padang

Golf Subang mengikut Akta ini.

Keanggotaan Perbadanan

Section 5 — AKTA PERBADANAN PADANG GOLF SUBANG 1968 (DISEMAK 2018)