Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
empat orang yang dilantik oleh Menteri mengikut nama atau jawatan, yang daripadanya sekurang-kurangnya seorang hendaklah merupakan wakil Kementerian Belia dan Sukan, dan seorang hendaklah merupakan wakil
Perbendaharaan;
Perbadanan Padang Golf Subang 9
(b)
dua orang yang dilantik oleh Menteri atas penamaan
Menteri Besar Negeri Selangor; dan
(c)
lima orang yang dilantik oleh Menteri iaitu orang yang pada pendapat Menteri berkemungkinan dapat memberi sumbangan terhadap kemajuan permainan golf.
(2)
Seorang Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perbadanan hendaklah dilantik oleh Menteri dari kalangan anggota.
(3)
Melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya secara bertulis yang ditandatangani sendiri olehnya yang dialamatkan kepada Menteri atau pelantikannya dibatalkan mengikut seksyen 7, seseorang anggota hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh, yang tidak melebihi tiga tahun pada satu-satu masa, yang dinyatakan dalam surat yang melantiknya menjadi anggota.
(4)
Seseorang anggota layak untuk dilantik semula kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 7.
Pengosongan jawatan