Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996

Seksyen 2

Tafsiran

6 Undang-Undang Malaysia

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif, kecuali hak Perbadanan

Pembangunan Bandar di bawah seksyen 18 *Akta Perbadanan

Pembangunan Bandar 1971 [Akta 46];

“harta” termasuklah segala harta, sama ada alih atau tak alih, dan segala estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang dalam, pada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik;

“liabiliti” ertinya segala jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi (sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau hendaklah dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan bandar;

“Perbadanan” ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan melalui Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375];

“Perbadanan

Pembangunan

Bandar”

ertinya

Perbadanan

Pembangunan Bandar yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan

Pembangunan Bandar 1971;

“syarikat pengganti” ertinya syarikat berhad menurut syer yang diperbadankan di bawah **Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), yang kepadanya harta, hak dan liabiliti Perbadanan Pembangunan

Bandar dipindahkan dan diletakhakkan di bawah seksyen 3;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;

“tarikh peletakhakan” ertinya tarikh segala harta, hak dan liabiliti

Perbadanan Pembangunan Bandar dipindahkan kepada dan terletakhak

*CATATAN—Akta Pembangunan Bandar 1971 [Akta 46] telah dimansuhkan oleh Akta Perbadanan

Pembangunan Bandar (Pembubaran) 1996 [Akta 547]–lihat seksyen 3 Akta 547.

**CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016

[Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Perbadanan Pembangunan Bandar 7

(Syarikat Pengganti)

pada syarikat pengganti sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1);

“terletakhak” yang berhubungan dengan harta, termasuk hak kepada harta masa hadapan atau kontingen dan hak perkembalian dan lebihan.

Section 2 — AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996