Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996

Seksyen 3

(2)

Tiap-tiap harta yang terletakhak menurut kuasa subseksyen (1)

pada syarikat pengganti hendaklah terletakhak sedemikian pada syarikat itu dengan hakmilik atau kepentingan yang serupa sebagaimana harta itu telah terletakhak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan.

(3)

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletakhak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh syarikat pengganti itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat pengganti itu atau bagi Perbadanan

Pembangunan Bandar untuk memberi notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dilaksanakan melalui subseksyen (1).

(4)

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletakhak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau

8 Undang-Undang Malaysia dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat pengganti itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat pengganti itu atau Perbadanan

Pembangunan Bandar untuk memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).

(5)

Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Perbadanan Pembangunan Bandar yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak atau liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletakhak pada syarikat pengganti menurut kuasa subseksyen (1)

boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengganti.

(6)

Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana pinjaman yang terletakhak pada syarikat pengganti pada tarikh peletakhakan, syarikat pengganti itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian dengan Kerajaan atau mana-mana pihak ketiga.

(7)

Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletakhak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen (1) yang kepadanya Perbadanan Pembangunan Bandar menjadi suatu pihak sebelum sahaja tarikh peletakhakan, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian sifatnya sehingga hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh

Perbadanan Pembangunan Bandar hendaklah mempunyai kesan seolah-olah syarikat itu telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu.

(8)

Bagi mengelakkan keraguan, pemindahan kepada dan peletakhakan hak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen (1)

tidaklah boleh termasuk pemindahan dan peletakhakan hak

Perbadanan

Pembangunan

Bandar di bawah seksyen 18

*Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971.

*CATATAN—Akta Pembangunan Bandar 1971 [Akta 46] telah dimansuhkan oleh Akta Perbadanan

Pembangunan Bandar (Pembubaran) 1996 [Akta 547]–lihat seksyen 3 Akta 547.

Perbadanan Pembangunan Bandar 9

(Syarikat Pengganti)

Pemegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti

Section 3 — AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996