Malaysia legislation
Section 10
of AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007
Seksyen 10
Jawatan seseorang anggota Perbadanan, selain anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(b) hingga (f), hendaklah menjadi kosong—
(a)
jika dia mati;
(b)
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(c)
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Perbadanan atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Perbadanan;
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 13
(d)
jika dia menjadi bankrap;
(e)
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
(f)
dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Perbadanan tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran
Menteri;
(g)
dalam hal seorang anggota Perbadanan selain Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Perbadanan tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada
Pengerusi;
(h)
jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau
(i)
jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.
Jawatankuasa