Malaysia legislation
Section 11
of AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007
Seksyen 11
(2)
Perbadanan boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
(3)
Perbadanan boleh melantik mana-mana orang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
(4)
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
(5)
Perbadanan boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(6)
Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa.
14
Undang-Undang Malaysia
Akta 673
(7)
Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
(8)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
(9)
Sesuatu jawatankuasa adalah tertakluk kepada, dan hendaklah bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Perbadanan.
(10)
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
(11)
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya—
(a)
minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
(b)
salinan minit semua mesyuaratnya hendaklah dikemukakan kepada Perbadanan secepat yang dapat dilaksanakan.
(12)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(13)
Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (12) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Perbadanan.
Penzahiran kepentingan