Malaysia legislation
Section 12
of AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007
Seksyen 12
(2)
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu—
(a)
anggota itu tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan
(b)
anggota itu tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
(3)
Seseorang anggota Perbadanan atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(4)
Tiada tindakan atau prosiding Perbadanan atau jawatankuasa boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota
Perbadanan atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.
(5)
Bagi maksud subseksyen (1)—
“anggota keluarganya” termasuklah—
(a)
suami atau isterinya;
(b)
ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya);
(c)
anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);
(d)
adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau isterinya); dan
(e)
suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan 16
Undang-Undang Malaysia
Akta 673
“sekutunya” ertinya—
(a)
orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;
(b)
firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;
(c)
pekongsi anggota itu;
(d)
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya adalah seorang benefisiari; atau
(e)
mana-mana perbadanan mengikut pengertian *Akta Syarikat 1965, yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.
Ketidaklayakan dan penamatan anggota Perbadanan