Malaysia legislation

Section 27

of AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Seksyen 27

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa bagi maksud pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;

(b)

semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh Perbadanan;

(c)

semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain mengenai, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Perbadanan;

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam 25

(d)

semua wang yang didapati daripada perkhidmatan perundingan dan penasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Perbadanan;

(e)

semua wang dan harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada

Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsinya;

(f)

wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah seksyen 32;

(g)

semua wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada

Kumpulan Wang;

(h)

semua derma dan sumbangan yang diterima daripada dalam atau luar Malaysia; dan

(i)

semua wang lain yang diterima secara sah oleh Perbadanan.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang

Section 27 — AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007