Malaysia legislation
Section 28
of AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007
Seksyen 28
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
(a)
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Perbadanan;
(b)
membayar elaun dan perbelanjaan lain anggota Perbadanan dan anggota jawatankuasa dan saraan, elaun dan perbelanjaan lain pegawai dan pekerja Perbadanan, termasuklah pemberian pinjaman dan wang pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan dan ganjaran;
(c)
memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerjanya di bawah seksyen 24;
26
Undang-Undang Malaysia
Akta 673
(d)
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Perbadanan bagi maksud pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, termasuk pengambilan perunding, fi dan kos guaman serta caj dan kos lain;
(e)
membeli atau menyewa kelengkapan, mesin dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan apa-apa aset, dan membina bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain bagi maksud pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;
(f)
membayar balik wang yang dipinjam di bawah seksyen 32
dan bunga yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu;
(g)
membuat pelaburan di bawah seksyen 33; dan
(h)
secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi maksud pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam amnya, dan melaksanakan peruntukan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam khasnya.
Pemeliharaan Kumpulan Wang