Malaysia legislation
Section 3
of AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007
Seksyen 3
(2)
Perbadanan adalah kekal turun-temurun dan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan.
(3)
Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanan.
(4)
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh, atas apa-apa terma yang disifatkannya patut—
(a)
membuat kontrak; dan
(b)
berkenaan dengan apa-apa jenis harta alih dan tak alih dan kepentingan mengenai apa-apa jenis harta alih dan tak alih—
(i)
memperoleh, membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu; dan
(ii)
memegang, menikmati, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahakkan semula, memindahkan hakmilik, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai, harta dan kepentingan yang terletak hak pada Perbadanan.
Meterai perbadanan