Malaysia legislation
Section 4
of AKTA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007
Seksyen 4
(2)
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Perbadanan, suatu cap yang mengandungi perkataan “Perbadanan Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan bagi Perbadanan.
(3)
Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai
Perbadanan yang diberi kuasa oleh Perbadanan, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh mana-mana anggota
Perbadanan yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.
(4)
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
(5)
Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota Perbadanan atau seorang pegawai atau pekerja Perbadanan yang diberi kuasa oleh
Perbadanan bagi maksud itu.
(6)
Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Keanggotaan Perbadanan