Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA PERBADANAN STADIUM MALAYSIA ACT 2010

Seksyen 18

Perbadanan boleh menyediakan—

(a)

bayaran faedah persaraan, gratuiti, dan elaun lain yang ditentukan oleh Perbadanan kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan;

(b)

subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, dan pembiayaan atau pinjaman ihsan lainnya, kepada pegawai dan pekhidmat

Perbadanan;

(c)

subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud perubatan kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan, dan tanggungan mereka;

(d)

kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud pendidikan atau biasiswa kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan atau mana-mana orang lain; dan

(e)

derma kepada mana-mana orang, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan.

Perbadanan Stadium Malaysia 21