Malaysia legislation

Section 19

of *AKTA PERBADANAN STADIUM MALAYSIA ACT 2010

Seksyen 19

(2)

Kumpulan

Wang hendaklah dikawal, disenggara dan dikendalikan oleh Perbadanan.

(3)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini;

(b)

wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada

Kumpulan Wang;

(c)

wang yang diperoleh atau didapati daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, penyewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Perbadanan;

(d)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada

Perbadanan;

(e)

fi, kos, levi, caruman dan caj lain yang dikenakan oleh

Perbadanan di bawah Akta ini;

(f)

semua wang yang diperoleh daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Perbadanan;

(g)

derma atau sumbangan yang diterima daripada mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia;

(h)

semua jumlah wang atau harta lain yang boleh dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau teletak

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 717

hak pada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya; dan

(i)

semua wang lain yang diterima secara sah oleh

Perbadanan.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada

Kumpulan Wang

Section 19 — AKTA PERBADANAN STADIUM MALAYSIA ACT 2010