Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA PERBADANAN STADIUM MALAYSIA ACT 2010

Seksyen 20

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Perbadanan, termasuk—

(i)

saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota

Perbadanan dan mana-mana jawatankuasa dan pegawai dan pekhidmat Perbadanan termasuk pemberian pinjaman dan bayaran pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan, pencen dan gratuiti;

(ii)

perlindungan insurans bagi pegawai dan pekhidmat Perbadanan;

(iii)

kos yang ditanggung dalam memberikan bantuan bagi kebajikan pegawai dan pekhidmat

Perbadanan;

(iv)

fi dan kos perundangan dan apa-apa fi dan kos lain;

(b)

membayar apa-apa belanja, kos dan perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetujui terima secara sah oleh

Perbadanan dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

(c)

membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera dan bahan, memperoleh tanah dan aset lain, mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

Perbadanan Stadium Malaysia 23

(d)

memberikan bantuan kewangan di bawah seksyen 18;

dan

(e)

secara amnya membayar apa-apa belanja bagi menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Akta ini.

Pemeliharaan Kumpulan Wang