Malaysia legislation

Section 38

of *AKTA PERBADANAN STADIUM MALAYSIA ACT 2010

Seksyen 38

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen

(1)

, peraturan-peraturan boleh dibuat bagi atau berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

mengenakan fi, kos, levi, caruman atau apa-apa caj lain dalam hal-hal tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbadanan;

(b)

menetapkan fi atau caj bagi perkhidmatan yang disediakan oleh Perbadanan dan untuk kemasukan orang ke stadium atau ke mana-mana pameran atau aktiviti yang dianjurkan atau dikendalikan oleh Perbadanan;

(c)

mengawal selia kemasukan atau pengeluaran mana-mana orang atau benda ke dalam atau dari stadium yang diuruskan atau dikawal oleh Perbadanan;

(d)

mengenai penjagaan, perlindungan dan pengurusan tanah dan bangunan yang dimiliki oleh atau di bawah kawalan dan pengurusan Perbadanan;

(e)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dijangkakan oleh, atau yang perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya peruntukan-peruntukan Akta ini.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa tindakan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh menetapkan denda tambahan sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Perbadanan Stadium Malaysia 29

Tindakan yang dilakukan pada menjangkakan pembuatan Akta ini